Thursday, 5 February 2015

Coretan kecil

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

Tuesday, 10 January 2012

Assalamualaikum. office punye hal...

Hai.. aku dah lama x merapu kat blog ni. yg lama pon dah lupa dah pswrdnye.
saje je nak isi masa lapang. tension sgt dgn keja. leh lah juga lepas2 kat cini kan.
cita pasal keja ni ari ni tah nape bos aku ngamok lak pagi2 buta lg. dgr kabo nye sbb org x say morning kat dia je. ish2... tu pon nak jadi hal. tah pape dia tu. yg si mamat tu pon 1 hal kot ye pon marah kat bos tu x yah lah masam muka dgn suma org sampai tegur pon xnak layan. x pasal2 nama aku juga bos petik.
dah tambah 1 keja aku kena wat weekly report lak antar kat dia. nasib baik claim aku dia dah sign kalau x tunggu lah minggu depan baru dpt claim. Pasal keja arini Alhamdulillah sumanye jalan lancar. cuma 1 je antar sample kat sirim lom settel. esok kena pegi lagi. malas betol aku nak pg. tp kena pg juga. k lah tido dulu besok nak keja awl lak tu. slmt malam.... zzzzzzzz